baiklah kali ini kita akan membahas
mengenai kisah Nabi Yahya AS pada zaman rasul, nah ni kisah nabi and
rasul kita selanjutnya moga bermanfaat buat sobat semua.. ...
Nabi Zakaria, ayahnya Nabi Yahya sedar
dan mengetahui bahawa anggota-anggota keluarganya, saudara-saudaranya,
sepupu-sepupunya dan anak-anak saudaranya adalah orang-orang jahat Bani Israil
yang tidak segan-segan melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat,
disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati
mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah
kemungkaran dan kemaksiatan. Ia khuatir bila ajalnya tiba dan meninggalkan
mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, bahawa
mereka akan makin rusak dan makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan
bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab
suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.
Kekhuatiran itu selalu mengganggu
fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga
mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya dengan seorang
anak yang ia idam-idamkan untuk menjadi penggantinya memimpin dan mengimami
Bani Isra’il. Ia agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa ia
bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak
kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk
memperolhi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan
makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu
yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada
Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa
memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan
rambutnya sudah penuh uban.
Pada suatu malam yang sudah
larut duduklah Zakaria di mihramnya menghiningkan cipta memusatkan fikiran
kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan
keyakinan yang bulat. Dengan suara yang lemah lembut berucaplah ia dalam
doanya: “Ya Tuhanku berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan
mewarisi sebahagian dari keluarga Ya’qub, yang akan meneruskan pimpinan dan
tuntunanku kepada Bani Isra’il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti
anggota-anggota keluargaku akan rusak kembali aqidah dan imannya bila aku
tinggalkan mati tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku,
tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban sedang isteriku
adalah seorang perempuan yang mandul namun kekuasaan-Mu adalah diatas segala
kekuasaan dan aku tidak jemu-jemunya berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu
mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai.”
Allah berfirman memperkenankan
permohonan Zakaria: “Hai Zakaria Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu
akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan
kitab-kitab Allah menjadi pemimpin yang diikuti bertahan diri dari hawa nafsu
dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi.”
Berkata Zakaria: “Ya Tuhanku bagaimana
aku akan memperolehi anak sedangkan isteri adalah seorang perempuan yang mandul
dan aku sendiri sudah lanjut usianya.”
Allah menjawab dengan firman-Nya:
“Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan
engkau padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?”
Berkata Zakaria: “Ya Tuhanku, berilah
aku akan suatu tanda bahawa isteri aku telah mengandung.” Allah berfirman:
“Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama
tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku
sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah diwaktu petang dan pagi hari.”
Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak
banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa ia diberi ilmu dan hikmah selagi
ia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti kepada kedua
ora ng tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka. Ia terkenal cerdik
pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah yang
dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya dan
menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.
Ia dikenal oleh kaumnya sebagai orang
alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi
tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Ia memiliki keberanian dalam
mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan tidak pula
menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran dan
melawan kebathilan.
Ia selalu menganjurkan orang-orang
yang telah berdosa agar bertaubat dari dosanya. Dan sebagai tanda taubatnya
mereka dipermandikan { dibaptiskan } di sungai Jordan, kebiasaan mana hingga
kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana Nabi Yahya adalah
orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia dijuluki “Yahya Pembaptis”.
Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa
Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya sendiri bernama Hirodia,
seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping dan berhasrat ingin
mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan seluruh anggota keluarga
menyentujui rencan perkahwinan itu, namun Nabi Yahya menentangnya dan
mengeluarkan fakwa bahawa perkahwinan itu tidak boleh dilaksanakan kerana
bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seorang mengahwini anak
saudaranya sendiri.
Berita rencana perkahwinan Hirodus dan
Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang melarangnya tersiar di seluruh pelosok kota dan menjadi
pembicaraan orang di segala tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis
cantik calon isteri itu merasa sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang
telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perkahwinannya dengan bapa saudaranya
sendiri, fatwa mana telah membawa reaksi dan pendapat dikalangan masyarakat yang
luas. Ia khuatir bahawa bapa saudaranya Herodus calon suami dapat terpengaruh
oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa membatalkan perkahwinan yang sudah
dinanti-nanti dan diidam-idamkan, bahkan bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu
berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta perkahwinan yang telah
disepakati itu.
Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi
masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Ia berusaha dengan bersenjatakan
kecantikkan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi bapa saudaranya calon
suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan menurut rencana. Dengan merias
diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi mengunjungi bapa saudaranya
Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara.
Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya yang nampak lebih
cantik daripada biasa : “Hai manisku, apakah yang dapat aku berbuat untukmu.
Katakanlah aku akan patuhi segala permintaanmu, kedatanganmu kemari pada saat
ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang ingin engkau sampaikan
kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia
melayani segala keperluan dan keinginanmu.”
Herodia menjawab: “Bila Tuan Raja
berkenan, maka aku hanya mempunyai satu permintaan yang mendorongku datang
mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal itu ialah kepala
Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita dan mencemarkan nama
baik Tuan Raja dan namaku sekeluarga di segala tempat dan penjuru. Supaya dia
dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku, bila
Tuanku berkenan meluluskan permintaanku ini”.
Herodus yang sudah tergila-gila dan
tertawan hatinya oleh kecantikan dan keelokan Herodia tidak berkulik menghadapi
permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk kepada
kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan panggilan akal
sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria
berlumuran darah dan diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang
tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap
Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan menghalangi rencana
perkahwinannta telah tersingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat
Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra’il seluruhnya.
Cerita tentang Zakaria dan Yahya
terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam ayat 2 sehingga ayat 15,
surah Ali Imran ayat 38 senhingga ayat 41 dan surah Al-Anbiya’ ayat 89 sehingga
ayat 90.
No comments:
Post a Comment
BAGI ANDA YANG MEMPUNYAI BLOG, SILAHKAN BERKOMENTAR MENGGUNAKAN NAME/URL... KOMENTAR MENGGUNAKAN ANONIM ATAU BROKEN LINK TIDAK AKAN SAYA RESPON DAN AKAN SEGERA DIHAPUS.